Nubhan Gagal Dapatkan Hadanah Penuh, Diberi Kebenaran Lawatan Dua Kali Sebulan

Hiburan

Nubhan Gagal Dapatkan Hadanah Penuh, Diberi Kebenaran Lawatan Dua Kali Sebulan

Pertikaian hadanah antara penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek, akhirnya mencapai kata putus apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak jagaan kekal tiga anak mereka diberikan kepada Dr Afifah.

Peguam Syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, ketika ditemui OhBulan memaklumkan bahawa keputusan itu selari dengan prinsip undang-undang yang lazimnya berpihak kepada ibu bagi anak yang masih kecil.

Advertisement

Lazimnya anak-anak yang kecil, ibu yang akan dapat. Jadi bagi saya itu adalah satu kedudukan undang-undang yang mantap, kanak-kanak kecil selalunya ibu yang akan dapat hak jagaan.

Keputusan tersebut dicapai selepas prosiding hadanah berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu, dan ia merupakan hasil persetujuan kedua-dua pihak.

Akberdin turut menjelaskan bahawa Nubhan ,pelantun lagu Kekasih Untukku akan diberikan hak lawatan mengikut jadual yang telah dipersetujui.

Jadi ibu akan dapat hak jagaan kekal, manakala bapa (Nubhan) pula akan dapat hak lawatan sebulan dua kali iaitu minggu pertama dan ketiga.
Bagi Aidilfitri dan Aidiladha pula semua itu bergilir-gilir macam biasa. Tak ada apa lagi nak dipertikaikan mengenai hadanah ini, semua sudah diselesaikan secara baik.

Terma persetujuan antara kedua-dua pihak telah direkodkan di mahkamah, termasuk penarikan balik perintah terdahulu serta persetujuan mematuhi perintah baharu yang ditetapkan.

Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad sebelum ini memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.

Beliau kemudian memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap ketiga-tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amira othman
2025-11-26 09:35:16

Masuk Hospital, Amira Othman Jawab Spekulasi Kini Sedang Hamil - "Saya Tak Boleh Bernafas.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...