Nubhan Dan Isteri Hadir Ke Mahkamah Syariah Sepang Untuk Sebutan Kes Penceraian, Mohon Doa Yang Terbaik

Hiburan

Nubhan Dan Isteri Hadir Ke Mahkamah Syariah Sepang Untuk Sebutan Kes Penceraian, Mohon Doa Yang Terbaik

Kelibat penyanyi Nubhan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang hari ini mencuri perhatian ramai apabila hadir bagi sebutan kes penceraian terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, tiba di perkarangan mahkamah sekitar 9.41 pagi dengan berpakaian sut hitam lengkap sambil kelihatan tenang menghadapi prosiding berkenaan.

Advertisement

Ketika ditemui media, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu hanya memberi respon ringkas mengenai kehadirannya.

Saya cuma mengharapkan doa yang terbaik. Saya tak dapat beri jawapan buat masa sekarang.

Sebelum ini, dilaporkan Nubhan bakal ke Mahkamah Syariah Sepang bagi prosid­ing pengesahan lafaz cerai yang difailkannya terhadap Dr. Afifah Hidayah.

Sumber terdekat pasangan berkenaan memaklumkan bahawa permohonan pengesahan lafaz talak itu telah difailkan oleh Nubhan pada awal bulan lalu.

Untuk rekod, Nubhan dan Afifah  yang juga seorang doktor gigi  mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata: Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun) dan Afzan Nayille (3 tahun).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-15 11:22:06

10 Tahun Bernikah, Nubhan Ceraikan Isteri Esok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...