Selepas isteri beliau mengalami keguguran sekitar awal tahun 2016, Nubhan tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata.
Baru-baru ini, Nubhan memberitahu beliau sempat untuk memohon doa kepada Allah SWT untuk mendapatkan cahaya mata ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
Doa untuk menimang permata hati sudah tentu merupakan doa paling penting dan berdoa untuk kesejahteraan serta kebaikkan buat keluarga, termasuklah untuk perniagaan saya.
Saya pergi menunaikan ibadah bersama mak, manakala isteri tidak dapat serta sebab dia ada peperiksaan dan tujuh bulan lagi akan habis belajar. Oleh itu, sama-sama kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.
InshaAllah rezeki untuk menimang cahaya mata itu ada, cuma jangan pernah berhenti berdoa dan berusaha. Nubhan dan isteri janganlah terlalu tertekan memikirkan kata-kata orang lain.