Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nubhan Berang Isteri Dituduh Berhenti Kerja Kerana Ditamatkan Kontrak,-“Dulu Kata Aku Kikis Duit Bini!”

Tular seketika sebelum ini mengenai isteri kepada penyanyi Nubhan, Afifah Tawfek telah meninggalkan kerjanya sebagai doktor gigi dan memilih untuk menjadi suri rumah.

Menurut Nubhan, terdapat desas desus yang mengatakan isterinya berhenti kerja kerana telah ditamatkan kontrak. Namun, jelas penyanyi itu lagi, isterinya telah menerima tawaran untuk bekerja tetap dengan sebuah hospital kerajaan di Johor.

Advertisement

Menolak fitnah yang dilempar oleh sesetengah individu itu, Nubhan memberitahu keputusan isterinya itu untuk menjadi suri rumah itu adalah di atas kerelaannya sendiri dan dia tidak pernah memaksa Afifah untuk berhenti kerja.

“Amboi, sedap mulutnya cakap wife saya tak diserap la, propa la, tamat kontrak la. Macam-macam lagi. Sejak dia dapat tawaran kerja tetap dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100 peratus pada dia untuk memilih. Alhamdullilah keluarga adalah keutamaan dia. Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerja kerana keluarga saya adalah tanggungjawa saya. Tak apalah pendapat orang macam-macam.”

Malah, menurut Nubhan lagi, ada juga mereka di luar sana yang sanggup berkata bahawa masa depan isterinya bakal musnah kerana mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai doktor gigi.

Advertisement

Sebelum ini, Nubhan juga pernah menemui media dan mengatakan bahawa dirinya terkilan kerana ada suara sumbang yang mengatakan dia tidak berkerja dan kehidupannya ditanggung isteri.

“Dulu masa wife saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak kerja, meh duit kau aku nak kikis..Allah sebaik perancang, dia juga menentukan rezeki kita masing-masing. Ramai yang tahu tapi mungkin kurang mengerti. Apa orang ini kurang yakin dengan rezeki Allah? Mungkin juga hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia?”

Dia dalam pada itu, penyanyi lagu Ada Untukmu ini sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana supaya sentiasa mendoakan yang baik-baik dan sentiasa beradab dalam kehidupan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 13, 2020 at 10:50 am

    nubhan ni retis lagi ke? cover2 lah cerita artis yg selayaknya…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top