Penyanyi Nubhan akhirnya tampil menjawab persoalan ramai mengenai keputusannya untuk bercerai dengan isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek setelah 10 tahun hidup bersama.
Ujar Nubhan, dia dan isteri mengetahui punca tiada lagi persefahaman antara mereka dan dakwaan Afifah sebelum ini adalah tidak benar.

Berat sebenarnya tapi bukan semua orang nak perkara ini berlaku. Saya sudah lama fikirkan hal ini. Dia dakwa tidak tahu punca diceraikan. Itu tidak mungkin.
Saya dah pernah berbincang perkara ini banyak kali. Saya juga dah berjumpa bapanya bercerita tentang masalah yang berlaku serta pernah bawa dia berjumpa pakar rumah tangga.
Bila dia kata tak tahu punca diceraikan itu tak wajar. Saya pun tak mahu cakap banyak takut perkara tak baik keluar. Kami pernah bersama 10 tahun, jadi biarlah saya simpan semua kisah ini.
Bertahan selama 10 tahun, Nubhan walau bagaimanapun enggan menjawab punca sebenar dia melafazkan cerai terhadap Dr Fie di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu.
Saya cuba bertahan selama 10 tahun dan bukan tidak pernah cuba untuk perbaiki hubungan. Jadi saya tak mahu komen tentang isu berbaik itu.
Selama saya jadi suami saya tak pernah culas tanggungjawab dan kasih sayang. Mungkin takdir dah tertulis sampai di sini sahaja.
Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), lafaz rujuk, serta talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan pertama dan keterangan utama pihak plaintif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
