NovelPlus: Platform Penulisan Kreatif Untuk Penerbit Indie

Trending

NovelPlus: Platform Penulisan Kreatif Untuk Penerbit Indie

novelplus 1

NovePlus merupakan sebuah platform pembacaan yang menarik untuk pengemar novel dan penerbitan atau penulis indie di malaysia. Dengan menyediakan ekosistem yang “user friendly” bagi memudahkan pembaca mahupun penerbit untuk menggunakan applikasi ini.

Advertisement

NovelPlus telahpun mempunyai lebih dari 500 ratus karya yang telah dihasilkan oleh penulis Indie bukan sahaja dari Malaysia bahkan juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei, dan semua kandungan yang ada dalam aplikasi ini boleh dibaca secara percuma oleh pengguna NovelPlus. Mekanisma pembelian dalam aplikasi ini akan dilancarkan tidak lama lagi kot kot la lepas sedap menulis tu tiba tiba meletop ke boleh la jual karya tu.

Applikasi ini juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi penulis. Ada manuskrip tapi kena reject? haa sini tempatnya, kongsikan manuskrip kau yang power tu dengan orang ramai. NovelPus boleh didapati di Google Store dan Apple Appstore menerusi pautan www.novelplus.co, orang ramai boleh menikmati karya-karya power yang ditulis oleh orang lain atau mungkin anda sendiri, serta boleh konon konon lari ke dunia fantasi dan kreatif menerusi karya hebat yang dihasilkan.

novelplus 2

“Kami teruja untuk membantu mereka yang gemar menulis mengasah kemahiran menulis mereka sambil merapatkan jurang di antara karya mereka dan pembaca setia. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menggalakkan maklum balas dan interaksi di antara pembaca dan penulis melalui perincian ulasan dan perkongsian yang dibangunkan di dalam aplikasi ini,’’ ujar pengasas NovelPlus, Dato’ Lim Thean Keong.

“NovelPlus adalah satu-satunya aplikasi yang menyiarkan karya berbahasa Melayu secara digital. Aplikasi ini fungsi yang hebat dan pembaca boleh menyelak helaian muka surat sama seperti buku. Tambahan pula, NovelPlus sering menghasilkan novel terbaru yang gempak!” ujar Kieyah, salah seorang penulis popular menerusi karya ‘Aku Bukan Cinderella’, yang boleh didapati di NovelPlus.

Dilancarkan pada tahun 2015, NovelPlus telah mempunyai lebih dari 500 karya yang boleh diakses lebih dari 11,000 pengguna.

NovelPlus boleh dimuat turun menerusi www.novelplus.co

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...