Novel Tombiruo Bakal Difilemkan, Siapakah Hero Pilihan Anda?

Hiburan

Novel Tombiruo Bakal Difilemkan, Siapakah Hero Pilihan Anda?

Ramlee Awang Murshid (RAM) adalah salah seorang penulis novel kegemaran Abang Nara. Novelnya yang lain daripada yang lain (bergenrekan aksi thriller dan bukan berkisarkan percintaan semata-mata) memang menarik minat Abang Nara. Salah satu novel RAM yang paling popular ialah Tombiruo : Penunggu Rimba terbitan Alaf 21. Terbaru, novel ini telah disahkan bakal diadaptasikan ke filem. Bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini, filem Tombiruo ini merupakan kerjasama Karangkraf dan syarikat penerbitan Layar Sunan.

filem tombiruo ramlee awang murshid

Advertisement

Menariknya para peminat Tombiruo telah mula meng’shortlist’kan senarai pelakon-pelakon yang layak memegang watak Ejim dan Tombiruo. Antara nama-nama yang disebut ialah Zul Ariffin dan Bront Palarae. Malah nama Datuk M. Nasir turut sama disebut-sebut. Kesemuanya mantap-mantap belaka. Agak sukar untuk buat pilihan. Namun pastinya pengarah filem ini iaitu Nasir Jani lebih tahu pelakon mana yang layak memegang watak hebat itu.

filem tombiruo ramlee awang murshid

Ada ke pembaca novel Ramlee Awang Murshid di sini? Tentu ramai yang teruja dengan berita ini kan? Agak-agaknya siapakah yang layak memegang watak hero novel Tombiruo ini? Sila kemukakan cadangan anda di ruangan komen. Apa pun, sama-samalah kita nantikan perkembangan filem ini. Harap-harap penggambaran berjalan seperti yang dirancang dan tidak mengalami sebarang kesukaran. Tak sabar nak tengok adaptasi novel ini di panggung wayang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...