Nourul Wahab Dedah Individu Cuba Burukkan Namanya

Hiburan

Nourul Wahab Dedah Individu Cuba Burukkan Namanya

Jika anda ada terdengar cerita kurang enak mengenai penyanyi Nourul Wahab janganlah anda mudah percaya kerana menurut tuan empunya badan ada pihak cuba untuk memburukkan beliau di laman blog Nourul sendiri.

Menggunakan nama samaran Tasha, individu tersebut sering memburukkan Nourul dengan menulis beberapa komen negatif dan mendedahkan kisah-kisah silam beliau. Walaubagaimanapun, apa yang ditulis oleh Tasha sama sekali tidak benar.

Advertisement

Ada individu yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini sering menulis komen negatif dan mendedahkan kisah-kisah saya dahulu di ruangan komen setiap posting di blog saya. Individu itu menggunakan nama sebagai Tasha dan menulis seperti dia tahu semua tentang kisah hidup saya, walhal apa yang ditulis itu tidak benar sama sekali.

Tidak mahu peminat salah anggap dan mengundang kontroversi, Nourul terpaksa menapis setiap komen yang ditulis didalam blog beliau dan akan memadam komen berunsur negatif bagi mengelakkan ia dipaparkan kepada umum.

Setiap kali saya post  artikel, dia akan komen yang bukan-bukan dan nasib baik juga memang saya tapis setiap komen pembaca sebelum siarkan kepada umum kerana saya tidak mahu ada yang komen negatif.

Walaupun dia tahu komen tersebut tidak disiarkan, dia tetap juga menulis yang menyakitkan hati dan memang ingin saya membaca catatan itu.

Pada masa yang sama beliau juga memberikan penjelasan dan sebab mengapa beliau menukar ejaan namanya daripada Nurul kepada Nourul baru-baru ini.  Nourul  adalah ejaan bahasa Perancis dengan sebutan yang sama dan sering digunakan oleh suaminya Eric Depp. Ia juga untuk projek terbaru beliau iaitu sebuah lagu berbahasa Perancis tidak lama lagi.

Saya mahu dieja dengan ejaan Nourul kerana dalam bahasa Perancis sebutannya tetap Nurul dan sejak saya berkenalan dengan suami saya, dia sering menggunakan ejaan nama sebegitu.

Tak semua orang boleh lihat kita senang, ada je individu yang akan sering mencari kesalahan dan memaki hamun di media sosial mahupun di ruangan komen meskipun tidak ada isu besar yang timbul.

Mungkin individu seperti ini banyak masa terluang sehingga tidak tahu hendak buat apa dan akhirnya perhati setiap kesalahan orang lain. Get a life.. Sebelum kritik orang lain, mereka tu dah betul sangat ke?

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...