Nourul Depp Akui Kagum Dengan Bakat Kumpulan Exists

Hiburan

Nourul Depp Akui Kagum Dengan Bakat Kumpulan Exists

Penyanyi Nourul Depp memuji bakat kumpulan Exists yang disifatkan bagus dan hebat dalam karier mereka sebagai pemuzik.

Nourul Depp bersama keluarga
2 years ago

"Jangan Bantai Nasik Lemak, Roti Lepas Bersenam.." Nourul Depp Kembali Kurus, Dah Mula Masuk Gimnasium

Advertisement

Ianya susulan kejayaan kumpulan tersebut beraksi dalam Konsert Exists Reunion yang berlangsung pada 28 September 2019 lalu di Stadium Malawati, Shah Alam yang menjadi bualan peminat.

Atas permintaan ramai, penganjur konsert tersebut iaitu Shiraz Projects bertindak mengeluarkan album Konsert Live Exists Reunion yang mula dipasarkan hari ini.

Dari dulu lagi pun rakaman studio lagu-lagu saya Exists yang banyak main muzik. Ujang, Along dan yang lain-lain semuanya bagus.

Nourul Depp

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab turut mengatakan yang dia seorang yang profesional dalam perkara tersebut dan bercadang mahu membeli album tersebut menerusi anaknya Ayu Nazirah.

Ayu merupakan hasil perkahwinan terdahulu Nourul bersama Ajai yang juga pemain keyboard Exists.

Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp kini menetap di Bali, Indonesia bersama tiga anak mereka iaitu Zachary, Raphael dan Isabella.

Sekadar info, Exists ditubuhkan pada tahun 1991 dan dianggotai oleh Ajai (keyboard), Along (gitar), Shah (gitar), Musa (bass), Ujang (dram), Mamat (penyanyi) dan kemudian disertai Ezad yang menggantikan tempat Mamat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...