Nouri Ramli Hanya Pertahankan Dirinya – Da, Kawan Rapat

Hiburan

Nouri Ramli Hanya Pertahankan Dirinya – Da, Kawan Rapat

Susulan penahanan Nouri Ramli dan 2 orang anak saudaranya untuk membantu siasatan kes pembunuhan suaminya, muncul seorang yang dikenali dengan nama Da menerusi portal Murai memberitahu yang tindakan Nouri di dalam kejadian tersebut hanyalah sekadar untuk mempertahankan diri.

nouri ramli

Advertisement

Da yang menyatakan dirinya adalah kawan rapat buat Azmi (mangsa) dan Nouri memberitahu yang Azmi bukanlah seorang suami yang baik terhadap Nouri selama ini. Menurut Da, selepas berkahwin, Nouri banyak menyara keluarga mereka. Kata Da:-

Selepas Nouri mengandung, dia mengalami alahan yang teruk sehingga mulutnya senget. Namun, dia tetap menyara kehidupan sekeluarganya. Azmi langsung tidak buat apa-apa. Malah, Azmi pernah mengikuti saya ke satu majlis ketika Nouri sakit sarat mengandung. Waktu itu, Azmi langsung tidak pedulikan isterinya. Azmi juga banyak minum pada malam itu. Saya dan suami saya yang menghantarnya pulang. Sebelum pulang, saya dapati Azmi tidak terus masuk ke rumah sebaliknya menunggu di luar dulu agar bau arak itu hilang

nouri
Menurut Da, dia adalah orang terakhir yang dihubungi oleh Nouri selepas kejadian itu berlaku

Azmi pernah belasah isterinya di lif. Siap ada bukti dari CCTV lagi. Malah, jiran-jiran di situ pun sudah tahu. Pada malam kejadian itu, saya adalah orang yang terakhir dihubungi Nouri. Waktu itu, suaminya itu sudah mati dan polis sudah berada dirumah. Nouri sempat bercerita keadaan sebenar yang berlaku.

nouri

Da turut bercerita dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut.

Pada malam Azmi mati, Nouri mengatakan Azmi telah merempuh masuk ke rumah itu. Waktu itu, pintu sliding rumah Nouri tidak berkunci. Lepas masuk, Azmi mengamuk dan terus pukul Nouri. Dua orang anak buahnya pun ada di situ menyaksikan kejadian. Waktu bergaduh, anak buah itu tidak berani dekat tetapi apabila Azmi sudah terduduk, mereka menghampirinya dan pegang Azmi. Selepas itu, Nouri meminta anak buahnya ambil tali pinggang dan mengikat suaminya itu supaya dia tidak bertindak agresif lagi

Makin complicated nampaknya kes ini setelah Abang Nara membaca kata-kata daripada si Da ini. Tidaklah pula diketahui kebenaran kata-kata insan bernama Da ini. Apa pun, sama-samalah kita tunggu hasil siasatan daripada pihak polis. Info asal portal Murai.

P.S: Kereta Lamborghini ini hanya ada 3 unit sahaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...