“Nothing Serious, Mungkin Tidak Sekufu, Kami Cuba Bincang..” – Edika Yusof Buka Mulut Isu Tuntutan Perceraian Oleh Isteri

Hiburan

“Nothing Serious, Mungkin Tidak Sekufu, Kami Cuba Bincang..” – Edika Yusof Buka Mulut Isu Tuntutan Perceraian Oleh Isteri

Pelakon Edika Yusof, 58, berhasrat untuk berbincang dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, meskipun wanita itu telah memfailkan tuntutan perceraian terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Edika menyatakan bahawa tiada isu serius dalam perkahwinan mereka dan berjanji akan memberikan perkembangan lanjut, sambil mengaitkan kemungkinan ketidaksefahaman sebagai punca utama.

Advertisement

Sebelum ini, dilaporkan rumah tangga Edika dan Nor Hidayah yang telah bertahan selama 22 tahun berada di ambang perpisahan selepas wanita itu difahamkan memfailkan perceraian pada pertengahan Februari.

“InsyaAllah nanti saya update….nothing serious, InsyaAllah kami cuba bincang.. mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia…terima kasih,” katanya ringkas kepada Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan untuk bercerai, Nor Hidayah enggan memberikan sebarang komen lanjut kerana mahu mendengar kenyataan daripada pihak Edika terlebih dahulu.

Beliau juga mendedahkan bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung, namun enggan mengulas lanjut mengenai tempoh perpisahan itu.

Pasangan ini sebelum ini pernah menarik perhatian ramai apabila Edika tetap setia menjaga Nor Hidayah yang mengalami lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.

Sepanjang perkahwinan sejak 2003, Edika dan Nor Hidayah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.

Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim, mengesahkan perkara ini ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isteri Edika Yusof Failkan Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung - “Tak Perlu Saya Kongsi Dari Bila..”
20 hours ago

Isteri Edika Yusof Failkan Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung - “Tak Perlu Saya Kongsi Dari Bila..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...