Nota Khas Buat Abby Abadi Dari Blogger Dari Dapur Kakjee

Nota Khas Buat Abby Abadi Dari Blogger Dari Dapur Kakjee

Kisah perceraian Abby Abadi dengan bekas suaminya Nor Farhan mendapat liputan meluas media dan juga mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Siapa sangka perkenalan seminggu membawa kepada ikatan perkahwinan mereka, dan tidak siapa menyangka bahawa mereka bercerai dalam masa tidak sampai setahun usia perkahwinan.

Susulan itu seorang blogger yang juga merupakan bekas wartawan, Fauziah Samad atau mesra dipanggil Kakjee yang terkenal dengan blog Dari Dapur Kakjee telah menukilkan satu nota khas buat Abby yang kami kira sesuai untuk dikongsikan di sini bagi kemaslahatan bersama.

Assalammualaikum Arbakyah.

Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.

Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.

Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.

Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.

Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.

Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak ‘menghangkut satu lori’ wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.

Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.

Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.

Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.

Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!

Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.

Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.

Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!

Do not wash dirty linen in public!

Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.

Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :”Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini.” Noktah! – Dapurkakjee

Advertisement

Pada pendapat kami nota dari Kakjee ada kebenarannya, namun terpulang juga pada yang empunya diri sama ada mahu menerima atau tidak nasihat beliau.

Maklumlah kita cuma manusia yang tidak lepas membuat kesilapan.

Dan kadangkala berdiam diri itu lebih baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...