Beberapa hari lalu kecoh di Media sosial tentang satu video terbual bersama President FAM iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Video tersebut memaparkan TMj mengeluarkan satu kenyataan “Pasukan negara anda semua. Not my negara. I’m from Johor you know.”
Namun TMJ menyangkal bahawa kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah gurauan terakhir temubual yang berlangsung selama satu jam.
Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau melalui page facebook JOHOR Southern Tigers hari ini. Beliau membidas surat khabar tempatan yang dianggap ingin melaga lagakan beliau dengan rakyat Malaysia.
Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ni kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip. Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan Malaysia Boleh. Inilah mentaliti bangsa melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia. Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan.
Bagi sesetengah pihak, kenyatan yang dikeluarkan TMJ itu sangat sensitive kerana ia melibatkan maruah negara.
Boleh ke anda terima kenyataan tersebut sebagai gurauan selepas Malaysia tewas kepada pasukan Hong Kong dalam perlawanan kelayakkan AFC?