Sebelum ini, nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah pernah terpalit dengan kontroversi menyukai pelakon lelaki yang juga merupakan suami orang iaitu Aliff Aziz.
Biarpun isu terbabit telah pun diselesaikan, tetapi namanya secara tiba-tiba terkait dengan satu khabar angin seorang pelakon baru cuba menyondol pelakon lelaki popular di set penggambaran.
Menafikan hal itu sekeras-kerasnya, Sophia berkata dia bukanlah individu ‘pelakon baru’ yang cuba menganggu rumah tangga pasangan selebriti terbabit.
View this post on Instagram
Cukup-cukuplah salahkan saya. Saya tidak mahu dengar sebarang khabar angin yang melibatkan diri saya, ia jelas-jelas bukan saya!
Dalam pada itu, pelakon itu juga ada memuat naik status di Instagram Story yang memaparkan kata-kata Alif Teega seperti itu adalah luahan hatinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi respon yang positif dan meminta Sophia untuk bersabar dalam hadapi ujian serta kecaman orang ramai.