Pernahkah anda semua ingat, setiap kali pulang ke kampung halaman pasti kita semua akan menggunakan selimut corak bunga-bunga yang disediakan oleh atuk dan nenek kita.
Pasti anda semua sedang mengimbau zaman kanak-kanak pada waktu itu kan? banyak memori semasa zaman kanak-kanak yang kita tak boleh lupakan apabila pulang ke kampung halaman antaranya main pondok-pondok dalam selimut pada waktu malam.
Senang cerita, selimut bungalah ini yang paling kita akan ingat. Kadangkala sampai berebut dengan sepupu pilih warna selimut, prinsip dia senang je, siapa cepat dia dapatlah kan.
Seorang pengguna Twitter @farred_suffian baru-baru ini dengan yakin mengatakan selimut bunga yang korang pakai masa kecil dulu itu adalah selimut kebangsaan.
‘
Rata-rata warga Twitter menyokong kenyataan ini kerana mereka semua juga pernah menggunakan selimut bunga ini dan menceritakan memori nostalgia mereka juga.
Kalau anda masih ingat, bukan sahaja selimut bunga-bunga yang ada di rumah atuk dan nenek kita, tetapi selimut kotak-kotak ini pun sama juga.
Jadi, apa lagi kenangan korang masa kecil yang masih digunakan sehingga sekarang? kongsikanlah.
Sumber: Twitter