August 4th, 2012

Selepas hampir 3 tahun berdiam diri tentang statusnya, baru-baru ini Noryn Aziz telah membuat pengakuan yang dia sudah pun berkahwin dengan Raja Bahrin. Menurut Noryn, majlis perkahwinan telah pun diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Terengganu pada 22 Januari 2010.

noryn aziz

Selama ini Noryn merahsiakan perkara ini kerana menghormati keluarga suaminya. Kata Noryn kepada wartawan Utusan:-

Untuk dua tahun pertama, banyak perkara yang harus diambil kira dan banyak hati yang perlu dijaga. Saya tidak mahu lagi cerita peribadi diperbesar-besarkan dan dihebohkan. Lagipun perkahwinan kami bukan satu rahsia malah ramai juga yang sudah tahu. Cuma, saya sahaja yang tidak mahu menghebohkan walaupun ia wajar dikongsi bersama. Hanya tahun ini, kami mula terbuka untuk berbicara tentang perihal ini dan ada beberapa majlis yang saya hadir bersama-sama suami. Saya kini lebih selesa dengan kehidupan baru ini. Malah, kami juga terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri tetapi belum ada rezeki

noryn aziz

Abang Nara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Noryn Aziz atas perkahwinannya. Semoga bahtera rumah tangganya dapat dilayari dengan sempurna. Dan moga dimurahkan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Amin ~~


55 responses to “Noryn Aziz Kini Selesa Dengan Status Isteri Kepada Raja Bahrin”

  1. aitor says:

    semoga berbahagia la hendaknya….

  2. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    eh bukan ke raja bahrin ni laki nye ELMI SALEH kn ? sori kalau minah jambu tersalah laki…sepasang mate hati tu kn<

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      elmi saleh yg menyanyikn lagu lama > sepasang mate hati tu kn <

  3. honeywellz says:

    Abang nara betul ke dgn cerita Abby Abadi dah kawin dgn YB mohd Zaki Ibrahim…tunjuk lah gambar2 nikah dia org. Pasal Noryn ni tak kenal and tak minat.

  4. tuk tuk says:

    klau namanya artis mesti nak kawin dgn org yg berkedudukan .. x kira ler bini no 2 ker …apa pon semuga bahagia ..

    • Anonymous says:

      itu le… jarangnye nak kawin laki biasa2… padahal byk nye lagi laki yg single and sebaya…
      alah bkn kata artis.. perempuan biasa pun sama… laki org gak nye yg dia mahu,,,

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      maybe kalau kawin ngan laki orang ni performance dia bagos tu pasal banyak yg nk kawin ngan laki orang tol tk….

  5. hamba Allah yang kerdil says:

    Assalamualaikum.

    Buat yang keliru, setelah bercerai dengan Jacqueline Pascarl, Raja Bahrin telah berkahwin kali kedua dengan orang melayu , dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Kemudian, barulah beliau berkahwin dengan Noryn Aziz pada tahun 2010.

    Maka, status Noryn Aziz adalah isteri kedua Raja Bahrin.

    Yup, few months ago, bulan March (kalau tak silap), anak Raja Bahrin, Raja Badruddin telah melangsungkan perkahwinan.

    -hamba Allah yang satu sekolah dengan anak beliau-

Loading...