“Norreen Tetap Orang Yang Sama, Gila-Gila..” – Aya Amiruddin Sokong Keputusan Hijrah Norreen, Akui Perwatakan Masih Sama

Hiburan

“Norreen Tetap Orang Yang Sama, Gila-Gila..” – Aya Amiruddin Sokong Keputusan Hijrah Norreen, Akui Perwatakan Masih Sama

Pelakon dan pempengaruh Aya Amiruddin mendedahkan bahawa sahabatnya, Norreen Iman sudah lama berniat untuk berhijrah. Sebagai kawan yang baik, Aya menyokong apa pun keputusan Norreen, lagi-lagi yang baik seperti berhijab.

Sokong benda baik

Tambah Aya lagi ketika dijumpai mStar, Norreen pernah mengatakan kepadanya bahawa sudah tiba masanya untuk dirinya bertudung memandangkan dia pun sudah mempunyai dua orang anak.

Advertisement

Bila dia tengok artis-artis lain yang bertudung, dia selalu puji dan kata kalau dia sudah bersedia, dia akan pakailah.

 

Benda baik ni sebagai sahabat kita kena sokong sebab bukan benda yang jahat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Perwatakan masih sama

Pada masa yang sama, ketika ditanya tentang personaliti Norreen selepas kawannya itu berhijrah, Aya berkata perwatakan rakannya itu tidak berubah dan masih sama seperti sebelum berhijab.

Kalau tengok dia sekarang, sejak sudah pakai tudung masih sama.

 

Jadi insyaAllah perangai kekal maintan sebab sebelum ni pun tak ada rasanya buat perkara yang melampaui batas.

 

Norreen tetap orang yang sama, gila-gila dan menceriakan hari followers dia di media sosial.

Terdahulu, Noreen telah tular di media sosial apabila dirinya berkongsi penampilan barunya yang sudah bertudung.

norreen iman
3 months ago

“Menangis Bila Delete Tapi..” - Padam Semua Gambar & Video ‘Freehair’, Norreen Dalam Usaha Nak Bertudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...