Ya memang tidak dinafikan nama Zizan Razak sejak kebelakangan ini sering terpampang di dada-dada akhbar, media eletronik, blog dan juga portal hiburan. Kalau tak silap Abang Nara, ia bermula sejak kegagalan gabungan Zizan dengan Yus dan Tauke sebagai kumpulan Virus di dalam MLM2014. Kemudian ia dikeruhkan pula dengan putusnya percintaan Zizan dengan Emma Maembong. Diikuti pula dengan kegagalan Zizan meraih sebarang anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015. Tidak lama kemudian, muncul pula gosip Zizan dengan orang kuat stesen Astro bernama Puteri Yasmin.
 Senang cerita, 3-4 bulan kebelakangan ini, Zizan Razak dihimpit kontroversi yang tidak putus-putus. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada kerjaya dan populariti pelawak ini. Menariknya, Norman KRU menganggap ada pihak yang sengaja mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan Zizan. Pihak tersebut sengaja mengada-adakan cerita buruk untuk meranapkan karier Zizan kerana rasa cemburu. Kata Norman:-
Beberapa bulan ini dengan apa yang berlaku terhadap diri Zizan, saya rasa macam ada satu gerakan yang mahu jatuhkan dia. Tapi, saya tidak pasti siapa pihak tersebut yang nampaknya seperti kurang senang dengan Zizan.
Saya sudah lama mengenali Zizan. Saya sayang dengan bakat yang dia ada dan dia bukan saja boleh melawak tetapi boleh berlakon.Bagi saya, isu-isu yang timbul ini remeh dan tidak perlulah ianya digembar-gemburkan lagi.
Sebenarnya, apabila saya dengar tentang gosip cinta dia dengan orang Astro, saya tertanya juga siapakah wanita itu.Namun, apabila saya diberitahu kononnya wanita yang dimaksudkan itu ialah Yasmin, saya lagilah tergelak.
Kalau ada pihak yang sentiasa saja mahu mencari salah dia, saya rasa sesiapa pun akan rasa tertekan apabila terpaksa berdepan dengan keadaan itu.
Kadang-kadang kalau kita rasa kontroversi atau isu yang terpaksa kita lalui itu berat sangat, kita pun akan rasa tertekan dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa
Ada benarnya juga kata Norman KRU itu. Mungkin memang ada pihak yang sengaja menjatuhkan Zizan Razak kerana cemburu dengan populariti yang dikecapi pelawak tersebut. Namun bagi Abang Nara, kontroversi-kontroversi yang berlaku terhadap Zizan adalah lumrah kehidupan seorang selebriti. Buruk atau baik, ia harus ditangani dengan bijak. Silap langkah, peminat boleh lari. Semoga kontroversi tersebut akan menguatkan lagi semangat Zizan dan bukannya menyebabkan Zizan putus asa sebagai seorang anak seni. Apa pendapat anda? Sumber MalaysianDigest.