Written by serenity | September 26th, 2011

Kita tahu yang Norman Hakim sedang berbahagia melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang dicintainya. Di sana-sini terdapat liputan media untuk majlis tersebut dan dalam beberapa hari lagi akan melangsungkan majlis resepsi yang dibiayai oleh Rafflesia yang khabarnya hanya mengundang 200 orang jemputan yang terdiri dari orang-orang media dan selebriti.

abby

Yang tak sedapnya ialah dalam pada dia sibuk dengan majlis perkahwinannya yang mendapat liputan meluas, Abby Abadi, bekas isteri Norman menyatakan di laman peminatnya yang Norman masih belum membayar hutang.

Apa pun, di harap Norman tidak akan lupa menunaikan tanggungjawabnya selepas ini. Kalau boleh berbulan madu di Paris pastinya mampu membayar hutang yang tidak seberapa itu. Tak gitu?

Comments are closed.