Written by Bella | April 12th, 2017

Hati bapa mana yang tidak merasa syukur dan gembira taktala mendapat perkhabaran bahawa anak tercinta dapat melanjutkan pengajian hafazan sehingga ke luar negara.

Itulah yang dirasakan oleh pelakon Norman Hakim apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim diberi peluang untuk menyambung pengajian hafazan di Turki sekitar bulan Mei depan. Berita gembira itu dikongsi oleh Norman sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto surat tawaran Danish.

Rata-rata peminat turut gembira dengan berita ini dan mengucapkan tahniah kepada Danish dan mendoakan agar segala proses untuk ke Turki berjalan dengan lancar.

Tahniah juga kami ucapkan kepada Danish. Semoga dipermudahkan segala pembelajaran di Turki nanti dan menjadi insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa dan agama. Aminn

Comments are closed.