September 15th, 2010

norman kantoi x bayar

Malu beb. Mana mahu sorok ini muka jika anda seorang manusia yang bernama Norman Hakim. Rupa-rupanya wang hantaran masa Norman nikah dengan Abby dulu pun tak bayar-bayar lagi sampai sekarang. Buat malu je. Dah nak kawin dengan si Memey, tapi duit hantaran RM11,111,111 bini yang dulu tak bayar-bayar lagi. Drop your own water face only.

[note]Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami.[/note]

Paling tak tahan menurut Abby rupa-rupanya nafkah anak-anak lepas bercerai pun Norman bayar ala kadar je. Aduh, takkan la dah nak ada bini baru sampai terlupa anak dengan bini lama kot. Jangan la gitu Abang Norman. Jadi la lelaki bertanggungjawap sikit. Takkan buat anak pandai tapi nak jaga tak pandai kot?

[note]Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati.[/note]

Nasihat kami kepada Memey, pastikan anda dapat wang hantaran tunai daripada Abang Norman kesayangan anda tue nanti. Kang pisang berbuah 2 kali pulak. Hehehe.


Comments are closed.

Loading...