Sentiasa memberikan sokongan padu buat suami tercinta, Memey Suhaiza khabarnya sering memantau pemakanan suaminya, pelakon Norman Hakim yang kini sednag mengamalkan diet sihat.
Dia yang kerap memuat naik perkembangan gaya hidup sihat Norman di Instagram memaklumkan sejak suaminya itu mengamalkan diet, kadar kolestrol juga sudah semakin berkurangan.
View this post on Instagram
Cerita Memey lagi, kadar bacaan kolestrol Norman juga sudah berkurang dengan banyak iaitu dari 6.3 dan kini, 1.9.
Dalam pada itu, Memey sempat berkongsikan resipi-resipi yang disediakan untuk Norman sepanjang menjalani diet tersebut.
“Journey contoh-contoh food ni mummy ada share dekat highlight #masakcaramemey. Semua konsep rebus bakar, grill..” tulisnya.
Memey juga turut menasihatkan mereka di luar sana yang sedang cuba mengamalkan gaya hidup sihat untuk sentiasa menjaga pemakanan setiap hari.
Terdahulu, Norman pernah menzahirkan kebimbangan apabila dia telah disahkan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dalam badan.