Meskipun pelakon Norman Hakim sudah lama berpisah dengan bekas isterinya Abby Abadi, beliau akui tidak dapat menahan rasa sebak saat mendapat berita Abby keguguran buat kali kedua baru-baru ini.
Sebelum ini dia ada mengadu tekanan darah tingginya agak membimbangkan juga, namun tak sangka usia kandungannya tidak dapat diselamatkan. Saya memang tak dapat menahan sebak dan sedih sebaik sahaja Abby beritahu dia keguguran.
Walaupun kami bukan lagi suami isteri tapi saya turut berasa sedih di atas apa yang berlaku. Saya tahu suaminya amat berharap untuk menimang cahaya mata bersama Abby kerana dia sudah dua kali keguguran. Abby kongsi segalanya mengenai cerita kegugurannya itu kepada saya dan saya turut bersimpati.
Norman juga turut memberi kata-kata semangat buat Abby agar beliau kekal tabah dan tidak murung selepas apa yang berlaku.
Saya nasihatkan Abby supaya terus bersangka baik dengan Allah selepas nasib yang menimpanya. Abby bagaimanapun memang kuat dan tabah hadapai dugaan ini dia langsung tidak nampak bersedih. Mungkin dia sudah redha dengan apa yang berlaku, saya pun lega.