Minggu lepas menyaksikan berakhirnya sebuah majlis perkahwinan yang digembar-gemburkan sebagai wedding of the year di mana Norman dan Memey akhirnya telah disatukan menjadi suami isteri. Menariknya majalah Media Hiburan berjaya mendapatkan maklum balas tentang cahaya mata yang mahu ditimang oleh pasangan pengantin baru ini.
Mungkin naluri keibuan Memey sudah diasah sepanjang bersama dengan anak tirinya, Memey dan Norman sepakat untuk menimang 4 cahaya mata. Memey pun muda lagi dan rasanya tak ada masalah untuk mencapai target yang ditetapkan. Norman kenalah bekerja keras sikit. Hehehe.
Sama-sama kita doakan agar hajat mereka berdua termakbul sekaligus meramaikan lagi umat Islam di muka bumi ini.