October 3rd, 2017

Umum mengetahui bentuk tubuh Zulin Aziz yang semakin langsing ialah kerana dia dilatih oleh model kecergasan Ahya Rosli yang merupakan anak lelaki kepada pelakon Normah Damanhuri.

Kedua-duanya rapat dan dikatakan bercinta walaupun Zulin menafikannya. Zulin juga sangat rapat dengan Normah sehinggakan dia sendiri membuat pengakuan bahawa wanita kedua yang dianggap seperti ibunya selain ibu kandung ialah Normah semasa sambutan Hari Ibu baru-baru ini di Instagram.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

>

BH Online melaporkan, Normah memberitahu yang dia menerima jika Zulin berjodohan dengan anaknya.

Saya sebenarnya tiada hak untuk menentukan siapa pilihan mereka. Sebelum ini, adik beradik Ahya pun buat pilihan sendiri.

Siapa pun pilihan mereka, saya doakan kebahagiaan dan kebaikan anak. Begitu juga Ahya. Terpulang kepadanya dalam soal hati,

Dia juga tidak pernah mendesak atau memaksa Ahya dalam menentukan pasangan hidup.

Tak ada istilah nak kawal. Dia kena berkawan dengan si polan itu dan ini. Sesiapapun pilihan Ahya pada masa mendatang untuk dijadikan isteri, saya setuju.

Ini termasuklah kalau pilihannya itu Zulin. Siapa jodoh dia saya terima.

Ditanya keseriusan hubungan Ahya dengan Zulin, Normah mengatakan:

Soal jodoh atau hal ini susah nak saya rungkai. Salah cakap nanti jadi cerita lain.

Cuma saya lihat Zulin seorang yang sangat baik. Saya sukakan dia. Dia anak yang baik. Cuma dalam soal pilihan, terpulang pada Ahya.

Normah juga berkata dia hanya menunggu Ahya memberitahu siapa pilihan hatinya untuk dia sendiri datang meminang:

Mengikut apa yang mereka kata, hanya kawan rapat. Sejauh mana itu susah nak cakap. Saya sendiri tunggu Ahya bukan mulut siapa dia suka. Dia cakap siapa yang berkenan. Boleh saya hantar rombongan meminang.

Dalam satu tulisan kapsyen di Instagram, Zulin dilihat seolah-olah sudah bersedia untuk berkahwin. Tulisnya:

Bahagia bila ada yang mencintai kita kerana diri kita yang kadang buruk di mata orang lain.

Bimbinglah saya.InsyaAllah saya jadi isteri dan ibu yang baik satu hari nanti, amin.

Kalau betul Zulin dan Ahya bercinta, dah macam drama Korea ‘Oh My Venus’ pula. Apa pun kita harap Zulin akan berbahagia walau dengan siapa pun dia bakal berkahwin. – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...