April 15th, 2019

Kontroversi lelaki berpakaian wanita seksi dan menari lucah di perkahwinan Ahya Rosli sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan. Ramai yang tidak boleh terima apabila majlis perkahwinan dicemari dengan aksi ghairah yang bertentangan dengan agama Islam dan adat Melayu.

Turut teruk dikritik ialah pelakon Normah Damanhuri, beliau akui sedih dengan komen netizen apatah lagi ada yang mempersoalkan cara beliau mendidik anak-anaknya.

Saya tak tahu nak cakap apa. Orang selalu nampak saya membiarkan apa sahaja anak buat. Tetapi sebagai ibu, semestinya saya menegur mereka tanpa henti jika ada salah silap pada pandangan mata saya. Takkan saya nak biarkan sahaja? Benda yang tidak elok saya tak sokong, begitulah juga sebaliknya. Masing-masing sudah besar.

Sesetengah komen mereka membuatkan saya sedih. Ada yang mengatakan, apabila kena hentam barulah nak minta maaf. Ada juga yang menganggap saya menyokong perkara ini dan saya jugalah yang merakamkan videonya. Saya tak faham kenapa mereka suka membuat tuduhan sebarangan?

Terdahulu, gara-gara aksi tarian lucah itu, netizen melancarkan kempen Boikot Keluarga Normah Damanhuri. Susulan itu, Norman menerusi sebuah video di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui persembahan itu akan mengundang rasa kurang senang netizen sehingga keluarganya dikecam.

Sumber Berita : BH ONLINE


34 responses to “Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen, Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati”

  1. miow says:

    eh bukan aritu cakap semua yg jadi tu persetujuan bersama dalam family? :p

  2. insan biasa says:

    maaf makcik..sy bukan ustazah
    tp umur mcm makcik ni, elok la makcik ingat2 tikar sejadah

  3. Loy says:

    Mkcik,nmpk sgt ank2 mkcik yg x syg mkcik.biasa klu srg ibu prtahan kn ank2 tp agk2 la kot..ank2 mkcik da tua bngka,xpyah la mcik mnta maaf.ksian mkcik.

  4. Anonymous says:

    nak sedih kenapa makcik..u asked for it..
    jangan blame netizen,blame anak2 u lah,kalau sayang mak,hormat mak sendiri benda mcm tu tak perlu remind,dorang patut boleh fikir sendiri kan?

  5. huhu says:

    suka hati ko la kak..ikut leh nk buat apa pun…

    • Anonymous says:

      patutnya, dia sedih dapat anak2 mcm tu.
      dah tak boleh nak dibentuk dah tu .
      kang makcik mati, rasa anak2 tu boleh bantu apa2 tak…

    • minah jambu say NO to drugs says:

      mungkin boleh laaaa kau jangan ingat anak dia tu tkde agama …cakap jangan asal bolehhhhhhh aje !!

    • vavi ko says:

      damn ni mesti kak km ni kahkah

    • kak n says:

      hahaha..orang tak nyanyuk lgi nek mah oi. nak jugak yg backup hari tu siap panggil orang keturunan dajal, mintak Allah laknat keturunan netizen yg kecam lah..hai..buat2 sedih mintak simpati. nape? takut drama lakonan makcik tak laku ke? atau takut bisnes anak lingkup maybe? mulut makcik pun cam hape dah hari tu. sudah laa..kalau salah memang tegur? abeh tu yg hari tu ckap yg nari terkinja2 separa bogel tu persetujuan keluarga ke? ehhh…

    • karipap says:

      propa je nenek ni. haritu tgk ig story si km tu kemain duk menyindir statement adik normah damanhuri yg pelakon tu psl wedding ahya..kak km ckp dorg siap membabi2kan adik normah ni lg..so maksudnye mmg xde rasa bsalah la kan suruh pondan buat show x senonoh tu kan? btw family adik normah tu sejuk je mata memandang..sume yg perempuan berpurdah..mmg 360 darjah berbeza dgn dorg ni

Loading...