Written by Bella | April 15th, 2019

Kontroversi lelaki berpakaian wanita seksi dan menari lucah di perkahwinan Ahya Rosli sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan. Ramai yang tidak boleh terima apabila majlis perkahwinan dicemari dengan aksi ghairah yang bertentangan dengan agama Islam dan adat Melayu.

Turut teruk dikritik ialah pelakon Normah Damanhuri, beliau akui sedih dengan komen netizen apatah lagi ada yang mempersoalkan cara beliau mendidik anak-anaknya.

Saya tak tahu nak cakap apa. Orang selalu nampak saya membiarkan apa sahaja anak buat. Tetapi sebagai ibu, semestinya saya menegur mereka tanpa henti jika ada salah silap pada pandangan mata saya. Takkan saya nak biarkan sahaja? Benda yang tidak elok saya tak sokong, begitulah juga sebaliknya. Masing-masing sudah besar.

Sesetengah komen mereka membuatkan saya sedih. Ada yang mengatakan, apabila kena hentam barulah nak minta maaf. Ada juga yang menganggap saya menyokong perkara ini dan saya jugalah yang merakamkan videonya. Saya tak faham kenapa mereka suka membuat tuduhan sebarangan?

Terdahulu, gara-gara aksi tarian lucah itu, netizen melancarkan kempen Boikot Keluarga Normah Damanhuri. Susulan itu, Norman menerusi sebuah video di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui persembahan itu akan mengundang rasa kurang senang netizen sehingga keluarganya dikecam.

Sumber Berita : BH ONLINE

34 responses to Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen, Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati

  1. aza says:

    Makcik … cuba makcik cek balik ape makcik respon dkt komen natizen. Bukan main lagik bahasa makcik. Sama jek makcik ngan anak makcik. Tiberrr nak sedeh plak skang ni ehh!

  2. Anonymous says:

    siapa bapak anak2 normah ni?

  3. CHACHA MENGELEMBONG says:

    PEDULIKKAN RAYUAN MKCIK TAK SEDAR DIRI NI…BOIKOT JE. XDE MAKNA NAK MERAYU MINTAK MAAF BAGAI. SEMUA NI PROPA JE TAKUT ORG TUTUP TV LPS NI..TAKUT PRODUK ANAK KAU TAK LAKU? SUDAHLA MOKCIK NORMAH OIII…KALO BETUL BAWAK BERTAUBAT. INGATLAH MYB IN I SEMUA NAK BAGI KAU TERSENTAK DAN MENGAKU ALLAH LEBIH BERKUASA DARI SEGALA2NYA. KALO DAH JADI MCAM NI KO ANAK BERANAK TAK RETI LG NAK BERTAUBAT ..PAKAI TUDUNG ELOK2 SOLAT TAUBAT, BERUBAH TERUS.
    INGATLAH..ANYTIME ALLAH BLE TARIK NYAWA KO ANAK BERANAK TAU TAK? MASA TU APE BEKALAN YG KO ADA? KAMI AKAN BOIKOT KO SAMPAI BILA2 SUPAYA JADI PENGAJARAN PD KO DAN ANAK2 KO YG DAH JAUH TERPESONG TU.

  4. Anonymous says:

    sedih la dulu dengan generasi ko tu.. kami lg sedih.. entah apa la yg budak2 depan penari tu fikir.. OBJEK apa yg menari liuk lintuk depan mereka.. adoiii.. janganla nak menegakkan benang basah.. diam sudahla..

  5. Yekeni says:

    When u urself like to dance like that, u wl find it ok to engage such dancer to perform such dance at ur event. Ur apology is only bcoz u were critisized by the public. Damage control gitu…