Norlia Ghani Buka Mulut Isu ‘Cold Violence’, Perceraian Rusdi Ramli Dengan Sharon Paul – ” Dia Memang Seorang Yang..”

Hiburan

Norlia Ghani Buka Mulut Isu ‘Cold Violence’, Perceraian Rusdi Ramli Dengan Sharon Paul – ” Dia Memang Seorang Yang..”

Pelakon veteran Norlia Ghani menyatakan bahawa beliau menghormati keputusan anaknya, Rusdi Ramli, dan bekas menantunya, Sharon Paul, untuk berpisah, walaupun berita itu mengejutkan sesetengah pihak.

Menurut Norlia, beliau sudah mengetahui mengenai perceraian tersebut lebih awal, namun memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum demi menjaga privasi kedua-dua belah pihak.

Advertisement

Saya hormati keputusan mereka untuk berpisah kerana akur hanya setakat itu jodoh mereka. Sebenarnya, saya sudah lama tahu mereka bercerai cuma saya tidak berkongsi dengan pihak media.

Mereka sudah bercerai sejak Januari tahun lalu dan perkara itu sudah lama selesai. Cuma baru sekarang, Sharon buat kenyataan mengenainya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Sharon yang mendakwa pernah berdepan ‘cold violence’ sepanjang perkahwinan, Norlia menyuarakan pendapat bahawa perkara rumah tangga sebaiknya tidak diperbesarkan di khalayak.

Rusdi memang seorang yang pendiam dan kalau ada masalah dia memang suka berdiam diri dan selesaikan masalahnya secara diam-diam juga.

Saya lebih suka Rusdi berdiam diri dari memberi kenyataan kepada pihak media serta membuka aib pasangan. Dia tidak menjawab panggilan dari media mungkin kerana berada di lokasi penggambaran sekarang.

Ini kisah rumah tangga kita buat apa nak cerita pada orang? Bila suka kita beritahu satu dunia, bila bercerai berai macam itu ada orang boleh tolong?

Sebelum ini, Sharon telah mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama Rusdi Ramli berakhir pada awal tahun lalu selepas usaha mereka untuk menyelamatkan hubungan gagal.

rusdi ramli sharon paul

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ayden Ridza dan Ryan Ridza, yang kini berada di bawah jagaan Sharon. Rusdi turut mempunyai seorang anak lelaki, Efiezal Ridza, daripada perkahwinan terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami zehra zambry
2025-07-14 11:56:31

"Saya Dah 'Ready' Nak Ceraikan Zehra, Saya Ikut Saja" - Nur Iqwan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...