Norish Karman Tidak Takut Pandangan Manusia

Hiburan

Norish Karman Tidak Takut Pandangan Manusia

Berhubung penyebaran gambar-gambar seorang wanita di atas katil sebuah hospital swasta dengan bayinya yang didakwa sebagai pelakon Norish Karman sebelum ini, Norish telah menjawab pada Harian Metro:-

Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya.

Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.

Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya.

Dia yang ditemui di satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Bukit Jalil Golf & Country Resort baru-baru pada mulanya enggan menjawab berhubung isu tersebut.

Dia kemudiannya menambah yang dia mengambil pendekatan berhemah dengan tidak melatah sewenang-wenangnya pada penyebar cerita kerana reda dengan ujian yang diturunkan:

Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan.

Advertisement

Apa pun semoga Norish teruskan tabah menerima ujian ini, dan mungkin ia juga sebagai kifarah untuk kesalahan di masa lepas. Maklumlah, kita semua hanya manusia yang berbuat kesalahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...