Pastinya sehingga ke hari ini ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan bapa kepada anak bongsu Norish Karman iaitu Haq Lutfie Alexander. Haq Luftfie kini sudah pun berusia 2 tahun dan masih belum pernah bertemu dengan bapanya. Menurut Norish Karman, dia tidak akan membenarkan bapa kepada Haq untuk bertemu dengan anaknya.
Jangan terkejut pula kerana ketegasan Norish Karman dalam hal ini. Halangan ini kerana keluarga kepada ayah Haq Lutfie sejak awal lagi tidak mahu ada sebarang kaitan dan enggan menerima kehadiran si comel itu. Kata Norish kepada Mstar Online:-
Mereka pernah memberitahu saya anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie perlu berjumpa dengan bapa kandungnya
Nasib baiklah Haq Lutfie anak lelaki. Kalau anak perempuan masa nak kahwin nanti kena berjumpa juga. Kalau dah betul si ayah tak mahu ada apa-apa hubungan, tak perlulah kot nak berusaha bawak bertemu. Harap-harap jangan timbulkan kekecohan apabila dewasa kelak sudahlah. Tak gitu?