Norish Karman Hanya Dapat 30% Daripada Tuntutan RM1.2 Juta

Hiburan

Norish Karman Hanya Dapat 30% Daripada Tuntutan RM1.2 Juta

Selepas empat tahun menuntut hak selepas perceraian, pelakon Norish Karman terpaksa berpuas hati apabila menerima 30 peratus daripada RM1.2 juta, nilai anggaran tiga buah kenderaan mewah selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengisytiharkan aset berkenaan sebagai harta sepencarian.
norish karman

Kenderaan yang dimaksudkan ialah Nissan Murano, Nissan Elgrand, dan Mercedes CLK manakala dua buah lagi kereta yang turut dituntut, SsangYong Stavic dan Toyota Caldina telah dilupuskan.

Advertisement

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain bagaimanapun menolak tuntutan lain iaitu sebuah banglo bernilai RM2 juta di Bangi, Selangor dan dua buah kondominium di Danau Permai dan Abadi Indah masing-masing bernilai RM300,000.

Beliau turut menolak tuntutan Norish bagi dua pegangan saham syarikat milik bekas suaminya, Datuk Hashimudin Abdul Kadir sebanyak 70 peratus di Perspec Prime (M) Sdn. Bhd. dan syarikat Virtual

Peak (M) Sdn. Bhd. selain saham sendiri sebanyak 60 peratus dalam syarikat Bintang Syurga (M) Sdn. Bhd.
norish
Pada 2009, Norish atau nama sebenarnya, Nor’Asikin Karman, 37, membuat tuntutan harta sepencarian terhadap Hashimudin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Seri Menanti, Negeri Sembilan yang dinamakan sebagai defendan selepas bercerai pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.

Beliau dalam penghakimannya memutuskan bahawa kesemua tuntutan yang dikemukakan Norish tidak sempurna, rosak dan tidak memenuhi hukum syarak.

Norish selaku plaintif gagal mengemukakan maklumat yang tepat dan tidak cukup untuk membuktikan hak pemilikan kepada harta-harta itu. Sumber Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...