Norish Karman Akui Bayi Di Dalam Gambar Yang Tersebar Itu Anaknya

Hiburan

Norish Karman Akui Bayi Di Dalam Gambar Yang Tersebar Itu Anaknya

Di hari ketiga bulan Syawal yang mulia ini, Norish Karman tampil menerusi Utusan Malaysia untuk membuat pengakuan tentang bayi di dalam gambar yang pernah tersebar suatu ketika dahulu. Menurut Norish, itu adalah anaknya yang diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander. Haq telah dilahirkan pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya menerusi kaedah pembedahan.

anak norish karman

Advertisement

Norish Karman berkata:-

Awalnya saya runsing bagaimana hendak memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat-peminat dan media. Rupanya inilah masanya di mana saya diberi peluang untuk tidak berselindung lagi. Sebelum saya menjadi sangat ‘sakit’ sebab rahsiakan kehadiran Haq, tetapi selepas ia tersebar di Internet, saya tiba-tiba jadi lega kerana tidak apa yang perlu disembunyikan lagi. Bagaimanapun cerita-cerita yang direka, ditokok dan tambah tanpa si penulis tahu apa di sebalik kelahiran itu membuatkan saya sedih.

anak norish karman
Menurut Norish, Haq adalah anak kandungnya. Kata Norish:-

Haq anak saya. Saya yang mengandungkannya selama lebih sembilan bulan dalam perut ini. Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia boleh hadir, itu urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang sudah lepas.

Diharap dengan penerangan secara jujur dan ikhlas daripada Norish Karman ini dapat memberikan kita semua penjelasan tentang kisahnya yang tersebar sebelum ini. Kepada Norish, tabahkan diri ketika membesarkan anak-anak anda. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menjaga mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

211 Comments

  1. wani

    September 6, 2012 at 2:09 pm

    mmg spatutnya ada pihak yg tampil menyiasat dan jatuhkan hukuman skiranya benar.Jd, xdelah artis2 ni nanti sewenang-wenangnya membuat dosa n tampil meminta maaf. Mcm kecik je bnda sdngkan mereka ni ikon. Melayu n islam. Yg mana mengkritik, bagus. Anda benci kpda dosa, n kpda yg menyokong pon bagus. Anda sokong kpda prubahan dia. Dunia ni warisan utk generasi kita, pastikan ianya terbaik buat mereka.

  2. bang dul

    September 1, 2012 at 8:41 pm

    anak haram yg tak berdosa dilahirkan dari ibu yg biadab…..
    kumpulkan sebanyak banyaknya di NEGERI MALINGSIA…..
    dan di besarkan oleh negeri kemudian dijadikan maling maling profesional…wkwkwkwk…

  3. gotogo

    August 31, 2012 at 12:39 am

    a couple of days back, terbaca NK bagi interview yg isu ni menaikkan populariti dia and yesterday, dia mengaku dia tidakpun terima sebarang cemuhan… macam mengatakan hey, its ok to do what she’s done! proud that she has survive this thing….entah la apa nak jadi…… sedih :(

  4. nenetBurberry

    August 30, 2012 at 1:24 pm

    entah2 NK kena rape kot? yelah kan… manalah tahu…

  5. missy elly

    August 30, 2012 at 11:50 am

    Hurm…kita ni manusia akhir zaman..banyak godaan dan dugaan…memang benar kalau kita ikut landasan Islam kita semua tak kan tersasar..tapi kita tak tau masa depan kita macam mana..tak semua orang mampu untuk mengharungi dugaan dengan sempurna..pada Allah kita memohon untuk dijauhkan dari perkara yang tidak baik..tapi sumtime terkena jugak…mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada dia…siapa juga kita untuk menghukum dia kalu diri kita pun tidak sesuci mana…kita mungkin tidak berzina tapi kita pernah menipu atau meninggikan suara pada ibu kita, kita mungkin tak pernah melahirkan anak luar nikah tapi kita mungkin pernah ambil riba atau berjudi, kita mungkin tak pernah ada skandal tapi kita pun pernah mendustai nikmat yang Allah berikan..niat bukan untuk sebelahkan mana-mana pihak..sekadar berkongsi rasa…rasanya hal ini takde berkaitan dgan parti politik atau mana-mana individu lain..semua orang bertanggungjawap ke atas diri sendiri..maaf andai menyinggung mana-mana pihak..

Loading...