Norish Karman Akui Bayi Di Dalam Gambar Yang Tersebar Itu Anaknya

Hiburan

Norish Karman Akui Bayi Di Dalam Gambar Yang Tersebar Itu Anaknya

Di hari ketiga bulan Syawal yang mulia ini, Norish Karman tampil menerusi Utusan Malaysia untuk membuat pengakuan tentang bayi di dalam gambar yang pernah tersebar suatu ketika dahulu. Menurut Norish, itu adalah anaknya yang diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander. Haq telah dilahirkan pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya menerusi kaedah pembedahan.

anak norish karman

Advertisement

Norish Karman berkata:-

Awalnya saya runsing bagaimana hendak memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat-peminat dan media. Rupanya inilah masanya di mana saya diberi peluang untuk tidak berselindung lagi. Sebelum saya menjadi sangat ‘sakit’ sebab rahsiakan kehadiran Haq, tetapi selepas ia tersebar di Internet, saya tiba-tiba jadi lega kerana tidak apa yang perlu disembunyikan lagi. Bagaimanapun cerita-cerita yang direka, ditokok dan tambah tanpa si penulis tahu apa di sebalik kelahiran itu membuatkan saya sedih.

anak norish karman
Menurut Norish, Haq adalah anak kandungnya. Kata Norish:-

Haq anak saya. Saya yang mengandungkannya selama lebih sembilan bulan dalam perut ini. Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia boleh hadir, itu urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang sudah lepas.

Diharap dengan penerangan secara jujur dan ikhlas daripada Norish Karman ini dapat memberikan kita semua penjelasan tentang kisahnya yang tersebar sebelum ini. Kepada Norish, tabahkan diri ketika membesarkan anak-anak anda. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menjaga mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

211 Comments

  1. kejora

    August 30, 2012 at 8:01 am

    Isu Norish ni dia dah sebarkan isu fitnah………..
    Sebab itu digalakan perempuan kalau dah kawen mesti adakan kenduri atau jamuan supaya orang tau dia dah bernikah dan tidak timbul fitnah.Sekarang ni Norish dah galakan fitnah…Dia berdosa dan kita yang sibuk ni pun berdosa.
    Susah sangat ke nak mengaku dah bernikah? tak payah sebut siapa orang nya…
    tapi kalau tak nak ngaku dah nikah…..main kata itu hak individu sendiri..sahlah
    dia tambah beban dosa pada masyarakat…..alahai Norish!!!!

  2. debo

    August 29, 2012 at 8:13 pm

    Hmm tak paham naper smua menjurus NK berzina, tak dak yang jelas pun mengatakan Haq adalah anak tak sah taraf, semua sekadar serkap or speculate dari apa yang kuaq dari mulut NK or cerita terdhlu. Bergantung pada apa pemikiran yang ada pada diri insan kebykkan ker negatif.. Apa yang aku nampak n paham dan tahu anak tu anak dia dan NK tak leh nak kongsi ianya benih siapa, tapi dari raup wajah bayi tu leh teka dh.. Allah maha kaya. Perkahwinan yang dibina secara rahsia demi menjaga hati2 insan len dan tanpa restu dri keluarga lelaki jodohnya tak panjang dan sang suami tak sanggup memikul tanggungjawab as a father yang mana bginya kan merumitkan masalah sedia ada…berlalu melepaskan smuanya biar sang isteri melalui sendirian. Simpati dgn NK setelah apa yang dikorbankan termsuk perkahwinan lalu demi cinta pada pria muda kesudahannya pahit juga…
    Moga tabah dan ada sinar len yang menanti

  3. [email protected]

    August 27, 2012 at 3:51 pm

    kenyataannya tak jelas..menimbulkan fitnah dan kontroversi…

  4. bunge sakura

    August 27, 2012 at 10:44 am

    rasa nye zed zaidi perlu ketengahkan isu2 mcm nih dari asyik mempertikaian isu kemasukan artis luar!

  5. Anonymous

    August 27, 2012 at 2:44 am

    HUDUD perlu diwujudkan di negara kita lepas ni

Loading...