Norashikin Abdul Rahman Kini Dilantik Sebagai Tengku Permaisuri Selangor

Trending

Norashikin Abdul Rahman Kini Dilantik Sebagai Tengku Permaisuri Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik isteri baginda, Norashikin Abdul Rahman sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuat kuasa semalam.

Advertisement

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Beliau berkata baginda juga berkenaan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Norashikin yang membawa gelaran Datin Paduka Seri.

Sultan Sharafuddin setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang semalam berkenan mengurniakan darjah kebesaran itu kepada Tengku Permaisuri Selangor.

Baginda diijabkabulkan dengan Tengku Permaisuri Norashikin oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos lepas di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...