Kalau sebut nama Pak Ngah, mesti ramai yang akan teringat dengan Noraniza Idris. Nama mereka berdua begitu sinonim bersama jadi ramai yang hairan apabila penyanyi wanita itu tidak menyertai konsert Karya Agung Pak Ngah yang bakal berlangsung di Istana Budaya November depan.
Pun begitu, menurut penjelasan Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu Datuk Mohamed Juhari Shaarani, konsep konsert ini menekankan elemen teater dan lagu yang dipersembahkan nanti bukanlah lagu yang dicipta khusus kepada Pak Ngah sahaja.
Tambahnya lagi, pemilihan artis yang dibuat adalah mengikut kesesuaian lagu-lagu yang sudah ditentukan selain bajet untuk bayaran persembahan artis juga hanya cukup-cukup untuk beberapa artis yang dipilih itu.
Pada asalnya memang ada hasrat untuk menjemput Datuk M. Daud Kilau, Noraniza Idris dan Syura namun kekangan bajet membuatkan mereka terpaksa membatalkan hasrat itu. Jelasnya, mereka yang sudi untuk mengadakan persembahan ini memberi harga ‘kawan-kawan’ dan lebih bersesuaian dengan bajet yang pihak mereka peruntukkan.
Kalau pada artis yang tidak meletakkan ‘harga kerajaan’ memang kami tak mampu!
Tapi ramai juga yang pelik jika tiada bajet yang banyak, macam mana Dato’ Siti Nurhaliza boleh dijemput sekali. Rupanya, penyanyi tersohor itu turut serta atas alasan hubungan baiknya dengan pihak Istana Budaya dan sekadar hadir sebagai artis jemputan sahaja.
Mungkin kerana saya adalah antara artis yang banyak menyanyikan lagu ciptaan Pak Ngah.
Advertisement
Lagipun dalam apa-apa majlis adalah lebih mudah untuk abang Joe dan saya berhubung. Kalau ada event dan kerjasama yang begitu baik, telah memudahkan semua perkara dan akhirnya ia berjalan seperti dirancang.
Ini adalah konsert Allahyarham dan saya hanya sebagai salah seorang artis jemputan sahaja.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
aku pun heran muka DS ni dah kat mana2 dahhh kat utub ada gakk..si nephi react song dtg msia pun ada hummmmm….
umairah
October 5, 2019 at 7:50 am
aku tgk tiket harga 500 ringgit. kalau nak harga kawan2, baik konsert ni free atau plg busuk pun tiket harga semua sama 50 ringgit
Anonymous
October 5, 2019 at 12:45 am
Nara byk sgt iklan… pastu petik ayat2 sendu kalo bukan artis kelantan…
sejak Nara g delete story nelydia senrose jual baju raya rege mahal tp cheap material.. makin nmpk Nara pilih kasih kalo bab org kelate… tgk skrg page ni jd sendu…
Maria Kari
October 5, 2019 at 12:02 am
sendunya BN skrg… dlu2 mcm 5 taun lepas ok je… now senduuuuuuuuuu..hahahaha
Anonymous
October 5, 2019 at 8:10 am

Manusia
October 4, 2019 at 6:48 pm
Baguslah dari tambah dosa