Penyanyi Noraniza Idris mengakui dirinya terdorong untuk menurunkan berat badan selepas melihat perubahan fizikal figura tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bagi menyokong proses tersebut, Noraniza mendedahkan bahawa dia telah mendapatkan nasihat daripada pakar dan diberikan suntikan Ozempic.
Saya tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza kurus jadi saya pun nak kurus juga. Sebab kita pun faktor usia jadi macam-macam penyakit boleh ada jadi sebaiknya kita diet. Tujuan saya nak kurus pun sebab kesihatan.
Tambah Noraniza, dia hampir mencapai tahap obesiti tahap dua, malah teguran daripada rakan-rakan media membuatkannya lebih sedar akan kepentingan menjaga berat badan.
Saya dah hampir obesiti tahap dua, hari tu pun ada rakan-rakan media tegur minta saya turunkan berat badan, saya agak takut bila orang tegur sebab suami saya pun tak pernah tegur.
Saya pernah capai berat 85 Kg, jadi saya rasa sakit kaki apa semua jadi bila saya dah dapatkan suntikan saya dah turun 4 Kg.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Hatinya Tak Tahan itu turut mengakui dirinya kurang berminat untuk bersenam. Justeru, dia mengambil inisiatif menukar aktiviti kecergasan kepada tarian tradisional.
Sekarang saya dah kena buat brisk walk. Saya sebenarnya malas nak bersenam sangat jadi saya adakan satu program dekat akademi saya untuk menari zapin, selama dua jam itu saya akan menari sahaja zapin.
Itu sahaja saya buat untuk tukar mood malas saya kepada tarian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautn di bawah.