Nora Nafi Minta Astro Tukar Lagu Kerana Tidak Mahu Nyanyi Lagu Dangdut

Hiburan

Nora Nafi  Minta Astro Tukar Lagu Kerana Tidak Mahu Nyanyi Lagu Dangdut

Penyanyi Nora Ariffin menafikan khabar angin kononnya beliu enggan menyanyikan lagu bergenre dangdut iaitu Rindu nyanyian asal Amelina pada konsert keenam Gegar Vaganza 3 pada minggu ini.

Advertisement

Perkara itu mula dihebohkan oleh netizen apabila ada yang mendakwa Nora berkeras mahu pihak Astro menukar lagu tersebut dengan lagu pilihannya sendiri, Bring Me To Life dendangan kumpulan rock Evanescence.

Sejak awal lagi, semua peserta diberi peluang untuk menyenaraikan lagu pilihan masing-masing daripada pelbagai genre muzik. Walaupun tidak dinyatakan lagu yang bakal kami nyanyikan secara terperinci, mereka ada memberikan bayangan supaya kami dapat melakukan persiapan, termasuk konsep persembahan dan pakaian.

Dalam hal ini, saya diberi bayangan akan menyanyikan lagu rock, jadi saya sudah pun membuat persediaan. Apabila diumumkan saya akan menyanyikan lagu Rindu, sudah tentu saya terkejut. Sebaik saja saya bertanyakan hal itu kepada pihak produksi, mereka mengaku ia kesilapan teknikal, lantas menukarnya kepada lagu yang berada dalam senarai pilihan saya.

Nora tidak mahu netizen menganggap beliau seorang yang tidak berani menyahut cabaran. Menurut Nora, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyanyikan lagu dangdut.

Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu dangdut. Kalau betul pihak Astro mahu saya menyanyikan lagu Rindu, saya tetap akan menyanyikannya kerana ia adalah tugasan.

Lagipun lagu Amelina memang ada dalam senarai pilihan saya. Cuma, saya akan menyampaikan lagu itu dengan gaya yang bersesuaian dengan imej saya hari ini.

Nora merupakan salah satu artis yang agak disegani bukan? Kami yakin Nora mampu untuk menyahut cabaran yang diberikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...