Sudah lama peminat filem tempatan menantikan kelainan dalam sebuah filem Melayu. Sukar untuk kita mendapatkan naskah yang betul-betul hebat dan memberi kesan yang mendalam .
Walaubagaimanapun, filem Makrifat Cinta arahan Kamal G yang akan ditayangkan pada 1 Februari ini menjanjikan satu kelainan ditambah pula dengan barisan pelakon mantap iaitu Syamsul Yusof, Nora Danish, Nabila Huda, Adi Putra, Puteri Balqis dan Datuk Aznil Haji Nawawi. Filem ini menelan belanja hampir 4 juta dan diinspirasikan daripada kisah sebenar
Kali pertama bergandingan dengan Syamsul , ramai yang tidak sabar untuk melihat keserasian mereka berdua serta lakonan Nora lebih-lebih lagi ketika babak percintaan.
SINOPSIS MAKRIFAT CINTA
Filem Makrifat Cinta mengisahkan Mahathir (Syamsul), pemuda kelas bawahan yang kesempitan wang gara-gara sikap boros isterinya, Zara (Nabila). Sikap Zara yang gemar meminjam wang daripada Ah long juga menyukarkan kehidupan Mahathir bagi membesarkan anak tunggal kesayangan, Aisha (Puteri Balqis).
Pertemuan dengan rakan lama kolej, Sofea (Nora Danish) sebelum bersama-sama mencipta sebuah aplikasi unik untuk telefon pintar memberikan harapan baharu buat Mahathir. Tanpa disedari oleh Mahathir, pertemuan itu melahirkan rasa cemburu di hati Zara yang meminta bantuan adiknya, Rizal (Adi Putra) untuk membunuh Sofea.
Bukan lakonan Nora sahaja yang bakal dinantikan ramai tetapi beliau turut menjadi perhatian apabila tampil lebih cantik dan semakin berseri ketika majlis tayangan perdana Makrifat Cinta baru-baru ini.
Tak percaya? Jom layan beberapa lagi foto Nora dengan membaca entri ini sepenuhnya.