Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish Tidak Mahu Namanya Dikaitkan Dalam Konflik Jejai Dan Fasha

Kemelut antara Jejai dan Fasha Sandha sehingga hari ini masih mendapat perhatian ramai yang masih ingin mengetahui apakah kandungan sebenar laporan polis yang dibuat oleh Fasha.

Advertisement

Malah, masih ada lagi pihak yang mengaitkan nama bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish dalam permasalahan bekas suaminya dengan Fasha.

Namun, Nora menegaskan beliau sama sekali tidak pernah memasuk campur apa sahaja perkara berkaitan Jejai dan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai  konflik Jejai dan Fasha.

Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan.

Sebelum ini, Nora pernah dikatakan sebagai punca rumah tangga Fasha dan Jejai berantakan.

Advertisement

Masalah Jejai dan Fasha mula timbul apabila ada sumber mengatakan Fasha membuat satu laporan polis terhadap Jejai kerana tidak tahan dengan sikap Jejai yang masih mengawal kehidupan beliau meskipun sudah bercerai. Jejai juga keluar masuk rumah Fasha tanpa kebenaran.

Kami pun tidak mahu membicarakan masalah Fasha dan Jejai. Adakah kerana pihak ketiga ataupun bukan..Wallahualam.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top