Meskipun Nora Danish dan Jejai sudah beberapa tahun berpisah, Nora bagaimanapun sehingga hari ini masih mengekalkan hubungan baik bersama bekas mertuanya dan mereka juga baru-baru ini turut menyambut Aidilfitri bersama .
Namun, bukan semua gembira melihat hubungan baik mereka dan ada beberapa pihak yang mengkritik Nora.
Sudah lali dengan segala kritikan, Nora tidak mahu terlalu memikirkan segala cacian dan pandangan negatif masyarakat kerana beliau tidak mahu hubungan anaknya Putera Rayqal bersama datuk dan neneknya renggang.
Saya tidak akan sesekali memutuskan hubungan di antara Rayqal dan keluarga bekas suami kerana tiada sebab saya perlu berbuat demikian.
Apa yang orang hendak kata itu saya tidak lagi ambil peduli kerana paling penting niat saya adalah sekadar membawa Rayqal berhari raya bersama datuk dan neneknya, itu sahaja.
Ia telah menjadi kebiasaan kerana Rayqal adalah cucu pertama dan rasanya tidak salah untuk saya berada di sana kerana saya sendiri sudah menganggap bekas ibu dan bapa mertua seperti keluarga sendiri.
Nora akui beliau sentiasa sedar kedudukan beliau yang sudah tidak mempunyai sebarang ikatan dengan keluarga bekas mertuanya itu. Apa sahaja yang beliau lakukan cuma untuk anaknya sahaja.
Tidak bermakna jika sudah bercerai, hubungan dengan bekas mertua juga menjadi dingin. Sebenarnya elok juga kalau masih boleh berbaik dengan bekas mertua. Untuk apa bermusuh pula bukan? Lagipun Rayqal tetap cucu kepada bapa dan ibu Jejai.