Muncul dengan single berjudul Ini Lagi Boom bersama penyanyi rap popular Waris, pelakon Nora Danish memberitahu beliau sebenarnya tidak mempunyai hasrat untuk serius dalam bidang nyanyian. Nora menerima tawaran untuk menyanyi hanya sekadar suka-suka dan ingin memeriahkan industri muzik tanah air.
Saya tidak boleh menyanyi langsung tapi bila pihak KRU dan Waris benar-benar yakin bahawa saya boleh melakukannya, jadi saya cuba. Tapi projek ini hanya sekadar suka-suka sahaja dan saya tidak fikir untuk serius atau jadikannya sebagai kerjaya pula.
Dalam lagu ini Waris yang banyak menyanyi, saya hanya rap sahaja, itu pun bukanlah rap, tapi saya rasa macam sajak sahaja.