Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan baru, Nora Danish tetap akan melakukan rutin menziarahi bekas mertuanya pada Hari Raya Aidilfitri. Bab ini memang Abang Nara respek dan hormat dengan Nora Danish. Ini kerana dengan berhari raya bersama bekas mertuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, Nora Danish menjaga hubungan anaknya, Putra Putra Rayqal Ramli dengan datuk serta neneknya. Ini adalah satu usaha yang harus dipuji dan dikekalkan.
Menurut isteri kepada Nedim Nazri ini, dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin dengan bekas mertuanya itu. Malah Nora menganggap mereka sebagai ibu bapanya. Kata Nora Danish:-
Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka.
Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami. Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya.
Di kala institusi kekeluargaan rakyat Malaysia semakin hancur kerana penceraian, sikap Nora Danish ini harus dicontohi dan dijadikan teladan buat kita semua. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, Nora tetap memastikan silaturahim yang telah terjalin tidak putus. Bukan mudah untuk melakukan semua ini jika kita tidak mempunyai hati yang tulus dan mulia. Tahniah Nora Danish. Semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.
P.S: Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun nafsu makan kita tetap perlu dikawal dan #janganlebihlebih ketika berbuka puasa. Jangan jadi macam mereka di dalam video di atas. Lauk pauk sampai penuh meja. Last-last banyak yang tak dimakan dan terpaksa dibuang. Ini namanya pembaziran melampau. Ramadhan ini, sama-sama kita berjimat cermat dan beringat ketika berbuka puasa. Terima kasih www.kpdnkk.gov.my atas video peringatan awesome ini.