Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini – “Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru..”

Hiburan

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini – “Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru..”

Pelakon popular, Nora Danish meluahkan rasa sedih apabila dia tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini seperti yang diharapkan.

Memetik laporan Gempak, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif berkata, meskipun keinginan itu sangat besar, namun dia akur bahawa jemputan ke Tanah Suci adalah ketentuan Allah SWT dan tidak semua diberi rezeki pada waktu yang diinginkan.

Advertisement

nora danish

Saya sebenarnya nak sangat pergi haji tahun ini. Tapi tak ada rezeki, Allah kata belum lagi. Mungkin tahun depan bersama suami baru, insya-Allah.

 

Sejujurnya saya rasa sedih dan terkilan. Tapi semuanya kuasa Allah SWT. Kita hanya mampu merancang.

Nora turut memaklumkan bahawa pada tahun ini dia akan menyambut hari raya Aidiladha di Malaysia saja.

nora danish

Mengulas lanjut, Nora turut berkata terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan ketika ini menjadi penghalang untuk menjadikan impiannya ke Tanah Suci terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Pelbagai tawaran datang dan saya perlu buat keputusan dan pilihan. Tapi panggilan haji adalah jemputan daripada Allah kan. Kalau belum sampai masanya, maka belumlah. Insya-Allah tahun depan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

nedim nora danish
5 days ago

Nora Danish Kembali Bersama Dengan Nedim?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...