Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish Teringin Timang Cahaya Mata Perempuan Pula

Mempunyai keluarga bahagia lengkap dengan dua orang cahaya mata lelaki, pelakon Nora Danish mengimpikan anak perempuan pula sekiranya beliau dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.

Advertisement

Namun, perancangan beliau untuk berbadan dua lagi bukanlah dalam masa terdekat memandangkan anaknya, Ney Ney masih lagi kecil dan memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Kalau dapat seorang pun jadilah. Tetapi, perancangan untuk mengandung lagi bukanlah dalam jangka masa terdekat ini kerana anak bongsu saya, Mohamed Neqayl Nedim (Ney Ney), baru berusia sembilan bulan. Ney Ney pun masih kecil lagi dan dalam proses membesar. Alhamdulillah, yang penting Ney Ney membesar dalam keadaan sihat. Dia pun sekarang kuat makan dan senanglah menguruskan penjagaan hariannya. Suami saya, Nedim Nazri juga banyak membantu.

Sebelum ini, hati Nora pernah terguris sehingga menangis saat netizen dengan biadab mengutuk serta menghina paras rupa Ney Ney, tetapi kini aktres itu mula merasa gembira melihat penerimaan baik netizen terhadap anaknya itu.

Biasalah, dalam dunia teknologi masa kini sesiapa saja boleh mengata apa-apa. Saya lebih selesa tak ambil peduli mengenainya. Saya sudah lali dengan pelbagai kecaman yang dilemparkan sebelum ini dan sekarang selesa membiarkan saja dan tidak pedulikan langsung. Sekarang, saya sudah ke tahap tak payah peduli. Nak kecam atau apa, suka hati mereka. Biarkan saja, asalkan mereka puas.

Semoga dimakbulkan impian Nora itu, siapa tahu selepas ini ada rezeki untuk dapat anak perempuan pula. Barulah ‘hot mummy’ ada ‘geng’.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    December 7, 2018 at 3:07 pm

    Tak Kawin nak Kawin. Dah Kawin nak anak. Dah ada anak lelaki nak anak perempuan. Tapi kenapa manusia masih menafikan suruhan Allah swt? Sombong dengan yang menciptanya.

  2. Huhuhaha

    December 7, 2018 at 12:50 am

    Errr… Klu dpt anak perempuan ikut features muka nedim, suka tak? Tp ada duit kan, xpe.. Semua tu blh cover rupa kurang cun

  3. Anywhere but here

    December 6, 2018 at 11:49 pm

    If u want a better looking kids, marry someone who is better looking, want an intelligent kids, find someone intelligent. Want an ugly dumb kids, find one. Kids inherit dna from parents, avoid marrying a loser. Don’t say talkdir… life is whatever u make it, make it great.

    • Africa beauty

      December 7, 2018 at 7:46 am

      Semua makhluk ciptaan Allah indah belaka…siapa lah kita sbg hamba Allah nak plan rupa anak begitu begini.. …

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top