Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish Temani Nedim Nazri Di Hospital

Amboi romantiknya pasangan “kawan tapi mesra” ini. Beruntunglah Nedim mempunyai seorang rakan yang sanggup menemani ketika saat gembira dan saat sedih. Respek Abang Nara terhadap Nora Danish yang sanggup turun ke hospital pada jam 3 pagi untuk melihat keadaan Nedim. Pasti Nora penat, namun demi seorang rakan, kepenatan itu dibuang jauh-jauh.

nora lawat nedim

Advertisement

Tidak diketahui pula punca kemasukan Nedim ke hospital beberapa hari yang lalu. Namun daripada update di akaun Instagramnya, Nedim telah pun keluar dan tampak sihat seperti biasa. Di kala cuaca panas dan hujan yang silih berganti ini, Abang Nara nasihatkan agar kita semua lebih berhati-hati dan serius menjaga kesihatan masing-masing.
nora lawat nedimApa pun Abang Nara suka melihat aksi Nora dan Nedim yang begitu mengambil berat diri masing-masing. Semoga hubungan mereka berdua akan maju setapak lagi. Pasti ramai yang mahu melihat mereka bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.

P.S: Imej satelit kenalpasti 122 objek di Lautan Hindi

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top