November 12th, 2015

Baru-baru ini, Nora Danish telah melancarkan koleksi tudung dan jubah di bawah jenamanya sendiri iaitu OWL by Nora Danish. Semasa pelancaran koleksi itu, Nora telah mengenakan sehelai tudung dan jubah berwarna krim sambil membawa seekor burung hantu.

Bagaimanapun, kontroversi tercetus apabila dia dikatakan mengenakan tudung persis seorang rahib dan membawa fahaman illuminati kerana burung hantu dikatakan merupakan simbol fahaman itu. Ketika ditemui mStar Online, Nora Danish telah memohon maaf kerana terlepas pandang mengenai perkara itu.

Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.

Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlihat seperti itu (rahib).

Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung.

Namun begitu, Nora tidak menyembunyikan kesedihannya kerana dia hanya membawa burung itu di pentas peragaan sebagai satu simbolik pada jenama koleksinya itu iaitu OWL.

Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambang sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.

Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai.

Sebenarnya kami pernah melihat tudung seperti itu dikenakan oleh selebriti lain, tetapi selebriti itu tidak pula menerima kecaman seperti Nora Danish. Boleh dikatakan Nora seorang sangat popular, mungkin kerana itu orang ramai mudah memberi perhatian dan kadangkala mencari kesalahannya. Diharap Nora akan bersikap lebih berhati-hati selepas ini untuk mengelakkan kontroversi ini berlaku lagi.

Jangan lupa…Joget 1Malaysia @Melaka Sabtu ini 14 November, Banda Hilir, Melaka “Layang-layang, selayang…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015


Comments are closed.

Loading...