Sedang hamil 7 bulan dan sudah mengetahui jantina anaknya, pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri bagaimanapun membuat keputusan untuk merahsiakan jantina anak mereka daripada umum.
Nora mahu perkara itu menjadi kejutan buat peminat dan hanya akan mendedahkannya sebaik sahaja beliau melahirkan anak keduanya itu.
Saya rasa lebih baik tunggu selepas bayi selamat dilahirkan barulah kami memberitahu jantinanya. Lagipun saya mahu ia menjadi kejutan buat semua peminat. Namun begitu, saya secara peribadi tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan asalkan sihat walafiat.
Tentu sekali ramai peminat Nora yang sudah tidak sabar melihat wajah bayi artis pujaan mereka itu. Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.