Bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Nedim Nazri tahun ini (namun tarikh masih belum diketahui), Nora Danish memaklumkan bakal mengadakan majlis persandingan di Bali, Indonesia. Nora telah memilih konsep ‘beach wedding’ dan sudah tentu Bali yang terkenal dengan kecantikan pantainya adalah satu lokasi yang cukup sempurna. Abang Nara dah dapat bayangkan keanggunan Nora dengan pakaian pengantin serba putih yang ditiup sepoi-sepoi angin pantai. Cantik.
Apa yang Abang Nara suka tentang perkahwinan Nora Danish kali ini ialah ia akan menjadi sebuah perkahwinan yang simple. Tak mewah-mewah. Orang kata yang penting nikah. Kata Nora Danish:-
Pada saya untuk sebuah majlis yang mewah memerlukan persiapan yang lama. Saya sendiri tidak ada masa untuk itu kerana jadual kerja dan perniagaan yang padat. Disebabkan itu saya merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas dan sederhana. Jadi doakan saja semoga ia dapat dilaksanakan tahun ini. Saya memang mengimpikan perkahwinan tepi pantai. Memandangkan saya suka ke Bali, jadi pulau percutian itu menjadi pilihan saya.
Abang Nara doakan agar perancangan Nora Danish untuk bergelar isteri kepada Nedim Nazri pada hujung tahun ini akan menjadi realiti. Abang Nara yakin ramai yang tak sabar mahu melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersanding di atas pelamin. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin. Sumber Harian Metro.