Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish “Perang” Dengan Bekas Isteri Nedim Nazri Di Instagram

Bulan Syawal sepatutnya menjadi bulan yang penuh kemaafan tetapi baru-baru ini menerusi akaun Instagram miss_kepoh mereka melaporkan bahawa aktres Nora Danish telah “berperang” di Instagram dengan bekas isteri kepada kekasihnya Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan.

Advertisement

“Perang” tersebut bermula apabila Nabilah telah memuat naik satu foto di Instagram dengan potongan ayat berikut:

Real women don’t need to steal a person’s husband they go out and get their own! #justsaying.

Kemudian, Nora pula membalas dengan memuat naik foto lain sehingga berlarutan. Malah, Nedim juga sempat untuk mempertahankan buah hatinya dan menafikan Nora sebagai pemusnah rumah tangga orang lain.

Advertisement

Terus-terang, jika Nabilah Khan memuat naik status sebegitu perlukah Nora Danish terasa kalau beliau tidak bersalah? Siapa makan cili terasa pedasnya. Tindakan berperang di Instagram berbalas-balas kenyataan menerusi sebuah foto agak keanak-anakan sebenarnya. Sepatutnya sempena Syawal lebih baik untuk berdamai dan memohon maaf diantara satu sama lain.

Sumber Berita: Murai

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top