Pelakon Nora Danish mendedahkan sedang berusaha memadam semua gambarnya yang tidak berhijab di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata lebih 24,000 gambar telah dipadam sebagai langkah memberi fokus kepada perubahan diri ke arah lebih baik.
Menurutnya, tindakan itu bukan untuk menghapuskan masa lalu, tetapi sebagai usaha untuk melangkah ke hadapan dengan imej berhijab. Katanya,
Saya tidak padam sejarah, cuma saya memilih untuk teruskan kehidupan dengan berhijab. Doakan saya istiqamah, dan semoga kita semua sentiasa mendapat bimbingan Allah.
Terdahulu, Nora turut mencuri perhatian apabila mengambil keputusan menjual semua koleksi kasut tumit tinggi miliknya selepas memahami maksud Surah al-Humazah. Katanya, ayat tersebut menjelaskan tentang golongan yang lalai kerana terlalu mengejar harta hingga melupakan agama, sehingga akhirnya dihumban ke dalam neraka.